Friday, May 30, 2008

Pendaftaran Kementerian Kewangan

Buat masa ini. Terdapat banyak tender-tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak kementerian untuk membantu rakyat negara ini. Tetapi malangnya tidak ramai dikalangan usahawan kita mendaftar dengan Kementerian tersebut. Apa yang kita tahu cuma mengatakan betuahnya si "A'' dapat kontrak kerajaan. Mungkin kroni. Begitulah tanggapan negative sesetengah pihak tanpa berusaha dan belajar untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.

Ingin kami kongsikan disini, kami amat berterima kasih kepada majikan kami kerana telah memberi peluang untuk kami belajar dan menimba pengalaman di syarikat beliau. Tampa beliau kami mungkin masih berada di takuk lama. Sehubungan dengan itu, kami merasa terpanggil untuk membantu usahawan yang ingin mendaftar dengan Kementerian Kewangan. Di sini kami listkan langkah-langkah umum yang perlu dilakukan seperti berikut :-
  1. Mempunyai pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  2. Menghadiri kursus E-perolehan
  3. Menyediakan/mempunyai kelulusan dalam bidang yang dipohon.
  4. Menyediakan E-katalog
  5. Seterusnya mengisi borang e-commerce
  6. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Kementerian Kewangan bersama yuran pemprosesan.Yuran pemprosesan/pendaftaran boleh dibayar terus/dibayar setelah mendapat kelulusan dari pihak penilai
  7. Permohonan dinilai dan menunggu kelulusan.
  8. Kelulusan akan dikeluarkan dan dipamerkan melalui status dalam sistem pendaftaran
  9. Sijil Pendaftaran akan dihantar terus ke alamat surat menyurat yang telah ditulis dalam e-borang tersebut.
Kami memohon kepada rakan-rakan usahan yang lebih berpengalaman diluar sana untuk memberi ulasan, membetulkan dan komen terhadap info yang kami letakkan disini bagi menjamin info yang disampaikan kepada rakan usahawan baru adalah tepat.
Untuk membantu usahawan-usahawan diluar sana yang sentiasa sibuk dan mengurangkan overhead cost pihak tuan. Kami ada menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-
  • Khidmat membuat e-katalog.
  • Khidmat rundingan dan pertanyaan pendaftaran.
  • Khidmat menghantar borang pendaftaran.
  • Khidmat rundingan kod pendaftaran kementerian kewangan
  • e-list kod-kod pendaftaran kementerian kewangan yang terbaru. - Rm 5
  • e-list dokumen-dokumen yang diperlukan. - Rm 5
Walaubagaimanapun terdapat beberapa kos yang terpaksa kami kenakan tertakluk kepada keaadaan semasa dan permintaan pihak pelanggang. Kami akan menyediakan quotation bergantung pada perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak pelanggan. Kami akan cuba sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik bagi menjamin kelancaran urusan pihak tuan.
Custom Search